349 anggota polis naik pangkat

349 anggota polis naik pangkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Seramai 349 anggota Pasukan Polis Diraja Brunei menerima surat lantikan rasmi kenaikan pangkat mereka, hari ini.

Menurut satu kenyataan, di sini, anggota yang baru dinaikkan pangkat itu termasuk 18 staf sarjan yang dinaikkan pangkat menjadi sarjan mejar, 29 sarjan kepada staf sarjan, 59 koperal kepada sarjan, 71 lans koperal kepada koperal dan 172 konstabel polis dinaikkan menjadi lans koperal.

Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan DCP Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam, dalam kenyataan itu, menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua anggota yang telah dinaikkan pangkat berkenaan.

Beliau menyatakan harapan, dengan kenaikan ini para anggota akan terus me-ningkatkan disiplin dan memperbaiki kualiti perkhidmatan polis khususnya kepada orang awam.

ARTIKEL YANG SAMA