35 APO dinaikkan pangkat ke Lans Koperal

35 APO dinaikkan pangkat ke Lans Koperal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 2 Ogos – Seramai 18 orang anggota Polis Tambahan (APO), yang terdiri daripada 17 anggota Polis Keselamatan Padang Minyak LNG Lumut dan seorang anggota Mes, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait telah dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Kenaikan Pangkat Lans Koperal kepada anggota berkenaan telah diadakan di Dewan Serba Guna RU ‘A’, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait Lorong 14, Panaga, di sini, hari ini.

Penyampaian sijil lantikan kenaikan pangkat dan pingat perkhidmatan polis disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin.

Supt. Ariffin menyampaikan sijil lantikan kenaikan pangkat kepada salah seorang penerima, kelmarin.
Supt. Ariffin menyampaikan sijil lantikan kenaikan pangkat kepada salah seorang penerima, kelmarin.

Anggota APO Polis Keselamatan Padang Minyak LNG Lumut yang dinaikkan pangkat bermula 1 Ogos 2016 ialah Mohd Suhaimi bin Mohd Halim, Lading anak Nyelang, Abd Halim bin Yusof, Abu Kassim bin Haji Mohammad, Franky anak Sambang, Mohd Herman bin Abdullah Tony, Mohd Nazrul Ariffin bin Affendy, Mohd Nurhidayat bin Hassan, Arickin bin Abd Rajit Han, Ebby Saiful anak Jarah, Mohd Noor Ariffin bin Abd Rahim, Muhd Ali Sadikin bin Ramli, Rangga anak Tinggi, Haji Mohd Rahimmen bin Haji Abdullah, Haji Mohd Hazimin bin Haji Abdullah, Abd Aziz bin Haji Ahmad Suhaili dan Ahmad Afif bin Ibrahim, manakala itu, anggota Mess Panaga pula ialah Ngumbang anak Limbang.

Sementara itu, 16 orang anggota Polis Keselamatan Padang Minyak yang menerima pingat perkhidmatan polis pada majlis itu antaranya ialah Abdul Hadi bin Saidin, Ali Hafizuddin bin Ali Hassan, Deddy Ruhain anak Radin, Mohd Ariffin bin Mohd Yusof, Mohd Nur Fadillah bin Nasbaruddin, Mohd Syazwan bin Mohd Sallehen, Mohd Yusri bin Ahmad, Muhd Anis bin Ismail, Muhd Harul bin Zainal Abidin, Muhd Johelmmy bin Muhd Abdullah, Muhd Khairul Anwar bin Zunaidi, Muhd Sollehuddin bin Haji Muhd Anawi, Neckwelly Amera anak Siliman, Nurul Hizami bin Juhari dan Muhd Rizimi bin Abdullah Imaak.

ARTIKEL YANG SAMA