35 bot ditenggelamkan

35 bot ditenggelamkan

JAKARTA, 18 Ogos – Tentera laut Indonesia hari ini mula menenggelamkan 35 bot yang digunakan oleh anak-anak kapal warga asing yang ditangkap menangkap ikan di perairan Indonesia, seorang pegawai berkata.

Bot-bot yang telah dirampas itu telah diletupkan dan tenggelam di beberapa lokasi yang berlainan di perairan luar pulau Sumatera dan Sulawesi dan juga sebahagian Indonesia di Borneo, jurucakap tentera laut Timbalan Laksamana Muhammad Zainuddin berkata.

“Bot-bot yang ditenggelamkan itu boleh dijadikan sebagai tempat tinggal hidupan laut,” katanya.

Bot-bot tersebut telah dikendalikan oleh nelayan-nelayan dari Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Menteri Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti telah mengambil langkah keras terhadap penangkapan ikan secara haram dan bersumpah akan meletupkan mana-mana bot yang dikendalikan oleh penceroboh asing.

Dia berkata Indonesia telah kehilangan 15 bilion dolar setiap tahun akibat dari penangkapan ikan secara haram.

Sebelum hari ini, Indonesia telah menenggelamkan lebih dari dua puluh bot-bot nelayan asing sejak Presiden Joko Widodo mengambil alih kuasa pada Oktober. – dpa