35 korban bencana banjir, tanah runtuh

35 korban bencana banjir, tanah runtuh

JAKARTA, 19 Jun (Bernama) – Seramai 35 orang disahkan maut, 25 lagi dilaporkan hilang dan 14 cedera apabila banjir dan tanah runtuh melanda 16 daerah di Jawa Tengah sejak semalam.

Laporan berita televisyen memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata sehingga petang ini, Jawa Tengah terus dilanda hujan lebat dengan keadaan banjir di kesemua daerah itu masih serius.

Sutopo berkata banjir lumpur turut melanda Desa Jatiroto dan Desa Purbowangi, Daerah Kebumen pada 7 malam tadi manakala di setengah kawasan, banjir yang sedalam 2 hingga 3 meter telah menenggelamkan ratusan rumah.

Banjir lumpur di beberapa kawasan perkampungan di daerah itu dipercayai meragut beberapa nyawa akibat tertimbus setelah rumah mereka roboh dihempap tanah lumpur.

Penduduk Kampung Gumelem Kulon di Banjarnegara membantu pasukan mencari dan menyelamat selepas kawasan itu dilanda banjir dan tanah runtuh kelmarin. – AFP
Penduduk Kampung Gumelem Kulon di Banjarnegara membantu pasukan mencari dan menyelamat selepas kawasan itu dilanda banjir dan tanah runtuh kelmarin. – AFP

Sutopo berkata ketiga-tiga lelaki itu maut akibat tertimbus tanah runtuh secara tiba-tiba ketika mereka membersihkan jalan dilanda banjir lumpur di kawasan perumahan mereka.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam kenyataannya di sini mengeluarkan amaran cuaca buruk sehingga esok di beberapa daerah di Sumatera, Nusa Tenggara Timur dan Sulawesi manakala Jakarta turut diramal mengalami hujan.

ARTIKEL YANG SAMA