35 kru kapal AS dijatuhkan hukuman penjara di India

35 kru kapal AS dijatuhkan hukuman penjara di India

NEW DELHI, 12 Jan (dpa) – Sebuah mahkamah India menjatuhkan hukuman ke atas 35 kru anggota sebuah kapal milik Amerika Syarikat (AS) kepada lima tahun penjara kerana dipercayai memasuki perairan India dengan membawa senjata dan amunisi, menurut pegawai hari ini.

Mahkamah di bandar pelabuhan selatan Tuticorin menjatuhkan hukuman itu pada Isnin kepada 23 warga asing, termasuk warga Britain, Ukraine dan Estonia, dan 12 India, kata ketua polis serantau, Ashwin Kotnis.

Peguam bagi tertuduh, R Subramaniya Adityan, memberitahu para wartawan yang kliennya, yang dilepaskan ikat jamin, akan merayu keputusan itu di mahkamah tinggi.

Kapal MV Seaman Guard Ohio telah dipintas oleh pengawal pantai India pada Oktober 2013 di luar negeri selatan Tamil Nadu. Kru menghabiskan masa sembilan bulan di penjara dan diikat jamin namun tidak dibenarkan untuk meninggalkan India.

AdvanFort, sebuah syarikat di AS yang memiliki kapal itu, mengatakan kapal berkenaan terlibat dalam operasi anti-lanun dan telah hanyut ke perairan India selepas kehabisan minyak, lapor akhbar Telegraph.

Unit antipengganas polis kerajaan yang menyiasat kes itu mengatakan kemasukan kapal itu ke perairan India adalah ‘ancaman kepada keselamatan dalam negara’.

ARTIKEL YANG SAMA