35 maut bas bertebung lori tangki minyak

35 maut bas bertebung lori tangki minyak

KANDAHAR, Afghanistan, 4 Sept – Kira-kira 35 orang terbunuh hari ini apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dan meletup lalu terbakar di selatan Afghanistan, dalam kemalangan jalan raya terbaru di negara yang dicengkam peperangan itu.

Kebanyakan mangsa, termasuklah wanita dan kanak-kanak, terbakar hingga tidak dapat dikenali, dalam kemalangan di wilayah Zabul, salah sebuah kawasan yang teruk terjejas oleh pemberontakan Taliban.

“Bas penumpang itu dalam perjalanan dari Kandahar menuju Kabul apabila ia bertembung dengan lori tangki minyak di kawasan Jildak, Kabul, ” gabenor wilayah Bismillah Afghanmal memberitahu AFP.

“Dalam kemalangan itu, 35 orang terkorban dan lebih 20 orang lagi tercedera.”

Sebilangan yang tercedera telah dikejarkan ke hospital di bandar wilayah, Qalat dan juga di wilayah berhampiran Kandahar, menurut Ghulam Jilani Farahi, timbalan ketua polis Zabul.

Lebuh raya Kabul-Kandahar melalui kawasan yang cenderung dilanda penggempuran militan dan ramai pemandu bas diketahui memandu cuai pada kelajuan tinggi supaya tidak bertembung dengan kegiatan pemberontakan.

“Presiden Ashraf Ghani melahirkan rasa sedih di atas kematian warganegara kami dalam kemalangan itu, ” menurut kenyataan istana presiden.

“Ghani telah mengarahkan pihak berkuasa berkaitan supaya membantu para mangsa dan keluarga mereka secepat mungkin,” tambahnya. Afghanistan mempunyai beberapa batang jalan raya yang paling berbahaya di dunia, kerap dalam keadaan usang dan peraturan lalu lintas jarang sekali dikuatkuasakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA