35 maut dalam nahas bas

35 maut dalam nahas bas

BEIJING, 26 Jun (AFP) – Kira-kira 35 orang terbunuh dan 11 lagi cedera apabila sebuah bas terhempas ke tepi lebuh raya di tengah China hari ini sehingga mengakibatkannya meletup terbakar, lapor media kerajaan.

Kepulan asap hitam tebal muncul dari kenderaan itu selepas bas berkenaan terhempas ke pengadang konkrit tepi jalan di wilayah Hunan, rakaman video menunjukkan. Seorang mangsa telah dilihat diheret ke tempat selamat.

Beberapa penumpang bergelimpangan di luar bas berlumuran dengan darah, lapor agensi berita kerajaan, Xinhua.

Ia memetik seorang mangsa yang bernama Huang sebagai berkata bahawa pemandunya memberitahunya dia tidak dapat membuka pintu bas, sebelum menyelamatkan diri menerusi tingkap di sebelah kerusinya.

Huang menyelamatkan dirinya dengan memecahkan tingkap lain menggunakan alat pemadam api.

Gambar yang diberikan oleh saksi pada 26 Jun menunjukkan tapak kemalangan sebuah bas yang terbakar di Wilayah Yizhang, Hunan, China. – Xinhua
Gambar yang diberikan oleh saksi pada 26 Jun menunjukkan tapak kemalangan sebuah bas yang terbakar di Wilayah Yizhang, Hunan, China. – Xinhua

Dua kanak-kanak di antara mereka yang terbunuh, sementara empat daripada 11 orang telah dibawa ke hospital akibat cedera parah, kata Xinhua, menambah pemandu bas telah ditahan.

Imej-imej diambil selepas kebakaran bas di mukim Yizhang itu telah dipadamkan menunjukkan bas rentung musnah teruk.

Seramai 55 orang yang berada dalam kenderaan itu, para pegawai tempatan memetik Xinhua sebagai berkata.

Para pegawai tempatan percaya kebocoran minyak yang disebabkan nahas itu telah mencetuskan kebakaran besar, ujarnya.

Kemalangan lalu lintas adalah perkara biasa di China, dengan lebih daripada 250,000 orang mati setiap tahun di jalan raya negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

ARTIKEL YANG SAMA