35 sertai ibadah korban Masjid Serasa

35 sertai ibadah korban Masjid Serasa

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Perpindahan Serasa hari ini telah mengadakan majlis korban di masjid berkenaan.

Seramai 35 orang ikut serta dalam ibadah korban berkenaan dengan mengorbankan sejumlah lima ekor sapi.

Hadir selaku tetamu kehormat semasa pembahagian daging-daging korban tersebut ialah Penasihat Kehormat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Perpindahan Serasa, Dato Seri Setia Haji Kasim bin Haji Lamat.

Daging-daging korban telah diterima oleh para peserta dan juga anak-anak yatim serta penduduk kampung tersebut dan sekitarnya termasuklah orang ramai yang hadir semasa Majlis Korban berkenaan.

AJK dan para penduduk kampung bergotong-royong memotong daging korban.
AJK dan para penduduk kampung bergotong-royong memotong daging korban.
Dato Seri Setia Haji Kasim ketika menyerahkan pembahagian daging-daging korban kepada salah seorang penerima.
Dato Seri Setia Haji Kasim ketika menyerahkan pembahagian daging-daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA