35 sertai kuliah imam dan bilal

35 sertai kuliah imam dan bilal

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 10 Nov – Seramai 35 orang peserta terdiri daripada imam dan bilal di Daerah Tutong telah menyertai kuliah bagi imam dan bilal yang berlangsung selama empat minggu yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Tujuan kuliah tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pegawai-pegawai masjid di samping mencapai hasrat ‘Imam Muallim.’

Hadir menyampaikan kuliah berkenaan ialah Pegawai dari Unit Latihan dan Bimbingan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rahman bin Malik dan Haji Sahri bin Haji Sulaiman.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad, kuliah yang diadakan ini merupakan kuliah intensif bagi memberikan ilmu pengetahuan kepada imam dan bilal di daerah ini dan ia akan diadakan sehingga Mac tahun depan.

Beliau berharap kuliah ini akan dapat memberi manfaat kepada imam dan bilal di Daerah Tutong dan diharap akan dijadikan amalan kepada mereka di samping menjadi seorang Imam Muallim.

Semasa kuliah dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Semasa kuliah dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA