35 tamat Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi

35 tamat Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Seramai 35 orang peserta telah berjaya menamatkan Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 2/2015 dan menerima sijil masing-masing di majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pusat Latihan Polis, Gadong, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan merangkap Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Gerakan, S/Supt Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali.

Turut hadir ialah Pegawai Turus II, Jabatan Pergerakan selaku Pengerusi Majlis, ASP Pengiran Omarali bin Pengiran Haji Manshor, para pengarah, pegawai kanan dan pegawai-pegawai lainnya.

Kursus yang berlangsung selama enam minggu, bermula 1 September lalu ini disertai oleh seramai 25 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan.

S/Supt Pengiran Haji Muhammad ketika menghadiri majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus petang kelmarin.
S/Supt Pengiran Haji Muhammad ketika menghadiri majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus petang kelmarin.
Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil terbaik kepada para peserta kursus.
Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil terbaik kepada para peserta kursus.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta kursus di majlis penyampaian sijil Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 2/2015.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta kursus di majlis penyampaian sijil Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 2/2015.

Majlis turut menyaksikan tetamu kehormat menyampaikan sijil terbaik kepada tujuh orang peserta iaitu PC Mohd Firazizi Amirul Nazim bin Haji Abdul Ghani yang terbaik dalam semua jurusan, L/Cpl Pengiran Muhd Amirrul bin Pengiran Matarsat terbaik senjata dan tembak lelaki, manakala itu, P/ASP Norainah binti Haji Mohd Salleh terbaik dalam senjata dan tembak wanita.

Sementara itu, PC Haji Masrody bin Haji Asli terbaik dalam latihan dan jasmani lelaki, WPC Siti Noridah binti Abdullah terbaik dalam latihan dan jasmani wanita dan ASP Shamsulariffin bin Haji Abd Wahab dan S/Sgt Mohd Ali Dzulfikri bin Haji Taib/Zulkifli terbaik dalam peningkatan jasmani.

ARTIKEL YANG SAMA