35% terumbu karang Australia rosak teruk

35% terumbu karang Australia rosak teruk

SYDNEY, 30 Mei – Kira-kira 35 peratus batu karang di utara dan tengah rantau Terumbu Sawar Besar Australia mati atau hampir mati akibat pemutihan teruk, menurut para ahli sains hari ini.

Penilaian dibuat ekoran peninjauan udara dan dalam air selama beberapa bulan, selepas pemutihan teruk dalam sejarah dicatat pertama menjadi nyata pada Mac lalu ketika cuaca laut menjadi panas.

Terry Hughes, pengarah ARC Centre of Excellence bagi Pengajian Terumbu Karang di Universiti James Cook, berkata kepanasan sejagat mengakibatkan kebinasaan di tapak yang disenaraikan dalam Warisan Dunia.

“Pada purata, kami mendapati 35 peratus batu karang kini mati atau hampir mati di 84 terumbu yang ditinjau di sepanjang bahagian utara dan tengah Terumbu Sawar Besar, antara Townsville dan Papua New Guinea,” menurutnya dalam satu kenyataan.

“Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 18 tahun bahawa Terumbu Sawar Besar mengalami pemutihan teruk disebabkan kepanasan sejagat dan keadaan pada masa ini lebih teruk dari yang kami nilai sebelum ini.”

Gambar fail pada bulan April 2016 yang dikeluarkan kelmarin oleh ARC Pusat Kecemerlangan bagi Kajian Terumbu Batu Karang ARC, menunjukkan batu karang jenis ‘mature stag-horn’ mati dan ditumbuhi oleh tumbuhan alga di Pulau Cicak, Terumbu Sawar Besar Australia di luar pantai timur utara Australia. - AP
Gambar fail pada bulan April 2016 yang dikeluarkan kelmarin oleh ARC Pusat Kecemerlangan bagi Kajian Terumbu Batu Karang ARC, menunjukkan batu karang jenis ‘mature stag-horn’ mati dan ditumbuhi oleh tumbuhan alga di Pulau Cicak, Terumbu Sawar Besar Australia di luar pantai timur utara Australia. – AP

Sekurang-kurangnya satu dekad diperlukan bagi pemulihan litupan batu karang, “tetapi akan mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan balik batu karang tertua dan terbesar yang telah mati,” menurut kenyataan bersama dari tiga universiti terkemuka. Terumbu itu telah pun tertekan akibat perladangan berterusan, pembangunan,tapak sulaiman yang memakan batu karang dengan disertai dengan perubahan iklim.

Para penyelidik dari James Cook berkata pada April 93 peratus dari tapak itu yang sepanjang 2,300 kilometer ekosistem batu karang terbesar di dunia telah terjejas oleh pemutihan teruk.

Pemutihan berlaku apabila keadaan persekitaran luar biasa, seperti suhu laut lebih hangat yang mengakibatkan membuang alga fotosintesis dan menyusutkan warnanya.

ARTIKEL YANG SAMA