352 ahli PPPBD terima lencana keahlian, kad waran

352 ahli PPPBD terima lencana keahlian, kad waran

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Azrol Azmi & Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Seramai 352 ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) di seluruh negara, hari ini, menerima lencana keahlian (Tenderfoot), kad waran dan pra waran di majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Dipertuan PPPBD, berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan lencana dan kad.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, dalam sembah alu-aluannya menjelaskan, daripada jumlah penerima tersebut, seramai 239 Pandu Puteri, 28 Pandu Puteri Ranjer, 60 Pandu Puteri Tunas dan lapan pemimpin dewasa menerima lencana keahlian, sementara itu, enam menerima kad pra waran dan 11 lagi menerima kad waran.

Yang Teramat Mulia berkenan menganugerahkan lencana keahlian kepada ahli-ahli baru PPPBD.
Yang Teramat Mulia berkenan menganugerahkan lencana keahlian kepada ahli-ahli baru PPPBD.

pg04_150511_f

pg04_150511_g

pg04_150511_a

pg04_150511_c

Menurutnya, ahli-ahli baru yang menerima lencana adalah dari 19 sekolah termasuk sebuah maktab, sebuah pusat tingkatan enam, 13 buah sekolah menengah dan empat sekolah rendah.

Keahlian ini merupakan penilaian yang dilaksanakan setiap tiga tahun sekali oleh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) bagi ahli-ahlinya termasuk Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.

Beliau seterusnya berkata bahawa ahli PPPBD bertambah setiap tahun yang mana tahun ini, kemasukan Pandu Puteri meningkat, namun kemasukan Pandu Puteri Tunas iaitu Brownies menurun.

Berikutan penambahan ahlinya sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun penilaian keahlian dijalankan, PPPBD telah dianugerahkan sijil dari Rantau Asia Pasifik sebanyak lima kali, ujarnya.

Ahli-ahli baru Pandu Puteri gembira menunjukkan lencana keahliaan yang baru diterima.
Ahli-ahli baru Pandu Puteri gembira menunjukkan lencana keahliaan yang baru diterima.
Teruja untuk mendapatkan lencana.
Teruja untuk mendapatkan lencana.

Beliau seterusnya meluahkan harapan agar ahli pelapis PPPBD ini dapat menjalankan dan membuat beberapa perubatan mengikut selera ahli muda supaya kegiatan yang dirancang menarik hati serta masih sesuai dan diterima pakai di sepanjang masa mengikut perkembangan di dunia yang sentiasa berubah.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli muda PPPBD supaya sentiasa bersiap sedia dalam menangani perubahan yang dikehendaki oleh WAGGGS yang pada masa ini dalam penilaian memfokuskan kepada penglibatan ahlinya menjalankan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) yang menjurus kepada pendidikan dan program sokongan.

Majlis telah didahului dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti lagu Dunia Pandu Puteri dan Rantau Asia Pasifik seterusnya bacaan Persetiaan PPPBD yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat PPPBD, Dayang Aida binti Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA