36 guru tamat kursus Badminton

36 guru tamat kursus Badminton

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Kursus Kejurulatihan Badminton BWF (Badminton World Federation – Federasi Badminton Dunia) Brunei Tahap 1 Kali Kedua telah menutup tirainya dan seramai 36 orang pesertanya terdiri dari guru-guru sekolah rendah dan menengah di negara ini telah menerima sijil mereka masing-masing.

Hadir ke Dewan Serbaguna Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam bagi menyempurnakan penyampaian sijil berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee.

Kursus anjuran bersama Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu telah berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam. Kursus lapan hari dari 22 Mei hingga 30 Mei 2015 itu telah menampilkan Jurulatih Perkembangan (Development Coach), Konfederasi Badminton Asia (Badminton Asia Confederation), Awang Andy Adriansyah.

Hadir sama ke majlis penutupan rasmi kursus berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam selaku Setiausaha Majlis.

Para peserta kursus bersama Awang Roslin (barisan dua, duduk 4 kiri) dan Haji Antin (barisan dua, duduk 4 kanan).
Para peserta kursus bersama Awang Roslin (barisan dua, duduk 4 kiri) dan Haji Antin (barisan dua, duduk 4 kanan).

ARTIKEL YANG SAMA