36 kes dicatat dalam Ops TEGAS 4

36 kes dicatat dalam Ops TEGAS 4

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Sebanyak 36 kes atas pelbagai kesalahan lalu lintas (11 kes doket, 25 kes kompaun) telah dicatatkan menerusi sekatan jalan raya tiga lokasi berasingan di ibu negara dalam operasi penguatkuasaan lalu lintas dinamakan Ops TEGAS 4, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), daripada jumlah berkenaan, sebanyak lapan kes (lima kes doket, tiga kes kompaun) dilaporkan dalam sekatan jalan raya di Jalan Gadong, 10 kes (dua doket, lapan kompaun) di Lebuhraya Tungku dan 18 kes (empat doket, 14 kompaun) lagi di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Antara kesalahan yang dicatatkan termasuk cukai jalan mansuh, lesen memandu mansuh, memandu tanpa lesen, tidak menampal cukai jalan yang sah, lampu plat lesen tidak menyala, memasang lampu headlight berwarna lain (kuning/biru), membawa muatan melebihi had, tayar keluar dari mud guard dan membawa penumpang melebihi had.

Operasi selama sejam, dari jam 10 malam hingga 11 malam 9 Disember itu telah melibatkan seramai 43 orang anggota JSKLL.

Salah seorang anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta semasa operasi tersebut.
Salah seorang anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta semasa operasi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA