36 korban nahas jalan raya

XI’AN, China, 11 Ogos – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 13 lagi yang lain cedera dalam nahas jalan raya di barat laut wilayah Shaanxi China malam tadi, demikian agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan dari Pejabat Pentadbiran Keselamatan Pekerjaan Negeri, nahas berlaku pukul 11.34 malam di bandar Ankang, membabitkan sebuah bas membawa 49 pelatih, terbabas sebelum merempuh tembok terowong Qinling di Lebuhraya Beijing-Kunming.

Bas milik Luoyang Transportation Group Co, Ltd berkenaan, dalam perjalanan membawa penumpang dari bandar Chengdu menuju ke bandar Luoyang di wilayah Henan. – Bernama