36 pelajar luar negara sertai GDP

36 pelajar luar negara sertai GDP

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Seramai 36 orang peserta dari universiti-universiti luar negara, baru-baru ini, telah mengikuti Global Discovery Programme (GDP): Discover Brunei Course yang berlangsung selama empat minggu di Universiti Brunei Darussalam (UBD) selama empat minggu anjuran Pejabat Pembantu Naib Canselor (Hal Ehwal Global).

Pelajar-pelajar berkenaan adalah dari King’s College London, National University of Singapore, Nanyang Technological University, Hong Kong University of Science & Technology, Chinese University of Hong Kong, Tokyo University of Foreign Studies, University of Tsukuba, Mahidol University dan Mahasarakham University.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari, mereka berada di UBD selama 26 hari, dan program berkenaan telah berakhir dengan majlis penutup pada 6 Ogos lalu yang dihadiri oleh Pembantu Naib Canselor (Hal Ehwal Global) UBD, Dr Joyce Teo Siew Yean. Program berkenaan merupakan Program Sekolah Musim Panas kemegahan UBD yang menawarkan peluang-peluang untuk mendapatkan pengalaman kehidupan secara langsung di negara ini, menerusi kuliah-kuliah, lawatan pendidikan, inap desa serta lawatan ke tempat-tempat menarik di Brunei Darussalam bagi pelajar-pelajar dari universiti-universiti rakan UBD. Salah seorang pelajar berkenaan, Syeda Tahir dari King’s College London mengongsikan pengalamannya dengan berkata, GDP merupakan pengalaman sekali seumur hidup.

“Ia merupakan peluang untuk meneroka alam semula jadi dalam bentuk aslinya. Ia merupakan pengalaman sebulan yang penuh dengan keseronokan dan keterujaan, serta beberapa pengalaman epik seperti mendaki bukit sehingga ke puncak kanopi di Temburong dan mempersembahkan tarian dan nyanyian Melayu di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. “Singkatnya, saya sukan Brunei dan terima kasih,” ujarnya.

Pembantu Naib Canselor (Hal Ehwal Global) UBD bergambar ramai bersama para pelajar yang menyertai program berkenaan.
Pembantu Naib Canselor (Hal Ehwal Global) UBD bergambar ramai bersama para pelajar yang menyertai program berkenaan.

Manakala itu, Ng Soo Yee dari National University of Singapore pula berkata, bahagian terbaik program ini adalah beliau dapat bertemu peserta serta rakan-rakan dari enam buah negara dan kini mereka semua telah menjadi rakan rapat yang ketawa dan menyanyi bersama.

Khoo Yi Feng dari universiti yang sama menyuarakan pandangannya pada majlis penutup berkenaan sebagai perwakilan pelajar. “Terima kasih untuk segala-galanya, terutamanya sesi Perkampungan Keusahawanan di mana saya belajar bahawa adalah tidak mustahil untuk mengumpulkan idea dalam tempoh pendek selama satu jam. Itu mengagumkan.

“Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kami untuk berfikir berlainan dan bahawa kami boleh jadi usahawan,” ujar Khoo Yi Feng. Menurut kenyataan itu, Program GDP dilancarkan pada 2009 di mana empat pelajar pertama adalah dari University of North Carolina di Chapel Hill.

Penyelaras Program GDP, Awang Harris Ar-Rafi bin Mohd Zaini berkata, dalam tempoh tujuh tahun, GDP menjadi semakin popular terutamanya pelajar yang sukan belajar bersama dengan duta-duta pelajar UBD. Program GDP di UBD akan mengalu-alukan sekumpulan pelajar Vietnam dari FPT University pada September depan, di bawah Kursus Kecekapan Bahasa Inggeris Intensif (IEPC) GDP.

ARTIKEL YANG SAMA