36 pelajar sahut ‘Cabaran Misi Menuju Marikh’

36 pelajar sahut ‘Cabaran Misi Menuju Marikh’

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 6 Jun – Bagi memberikan peluang kemahiran penyelidikan, reka bentuk dan membuat penyelesaian prototaip ke atas masalah sebenar pelajar kejuruteraan, Seksyen Profesional Muda IET (YPS) dengan kerjasama Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) telah mengadakan aktiviti IET Faraday Do-It- Yourself ‘Cabaran Misi Menuju Marikh’, hari ini.

Aktiviti mencabar ini juga, sejajar dengan wawasan IET Brunei dalam menggalakkan kemajuan umum sains, kejuruteraan dan teknologi untuk memudahkan pertukaran maklumat dan idea mengenai subjek berkenaan dalam kalangan orang ramai terutamanya pelajar.

Cabaran melibatkan 36 orang pelajar Tahun 7 hingga 8 Sekolah St George yang telah dibahagikan enam pasukan untuk menunjukkan kebolehan pasukan masing-masing dalam melaksanakan tugas-tugas berdasarkan peristiwa Cabaran IET Faraday yang diadakan di sekolah menengah di United Kingdom.

Melalui cabaran tersebut pesertanya diberikan tugas sebagai pakar jurutera yang direkrut oleh syarikat olok-olok yang dipanggil ‘Jadikan 2 Marikh’ untuk mewujudkan penempatan manusia di planet itu menjelang 2023.

Pelajar diminta untuk bentuk dan membina sebuah roket yang akan mengangkut bekalan melalui orbit bumi untuk angkasawan di Marikh serta membina satu sistem untuk mengangkut roket mereka ke tapak pelancaran untuk ujian.

Pelajar Sekolah St George yang terlibat aktiviti IET Faraday Do-It- Yourself ‘Cabaran Misi Menuju Marikh’.
Pelajar Sekolah St George yang terlibat aktiviti IET Faraday Do-It- Yourself ‘Cabaran Misi Menuju Marikh’.
Pemenang menerima hadiah daripada Leftanon Kolonel (U) Schufin Haji Ibrahim.
Pemenang menerima hadiah daripada Leftanon Kolonel (U) Schufin Haji Ibrahim.

Latihan melalui aktiviti mencabar itu dihasratkan memberikan wawasan kepada para pelajar untuk peranan dan tanggungjawab kerja berpasukan kerana mereka bukan sahaja cuba untuk mencipta prototaip, tetapi kemudian terpaksa mewajarkan idea-idea selain kos dan pelan perlaksanaan kepada hakim.

Cabaran ini juga adalah untuk menggalakkan pembangunan penyelasaian masalah, kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi para pelajar.

Hadiah berupa wang tunai sejumlah $120 tajaan OGDC telah diberikan kepada pemenang dalam pertandingan cabaran ini, yang telah disampaikan oleh Naib Pengerusi IET Brunei Darussalam sesi 2014-2016, Leftanon Kolonel (U) Schufin Haji Ibrahim.

Sehubungan itu, IET dan OGDC dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan terutama mahasiswa/i dari Universiti Teknologi Brunei, yang telah terlibat menjayakan aktiviti cabaran tersebut.

Maklumat lanjut aktiviti ini boleh didapati dengan melayari https://communities.theiet.org/communities/home/143 dan www.facebook.com/brusgs.

ARTIKEL YANG SAMA