36 pelajar sertai Skim EICF Kohort ke-4

36 pelajar sertai Skim EICF Kohort ke-4

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 19 Nov – Seramai 36 pelajar yang menyertai Skim Rangka Kerja Kompetensi Industri Tenaga (EICF) Kohort ke-4, hari ini, menjalani majlis orientasi di Pusat Latihan Mashhor ISQ, di sini.

Pelajar-pelajar dalam bidang Marker Fitter itu akan menjalani latihan selama dua bulan di pusat berkenaan yang berdaftar dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sebagai Organisasi Latihan Berdaftar (RTO) melalui Skim EICF dan selepas dua bulan, mereka akan menjalani latihan kerja dengan bakal majikan mereka.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pengerusi Syarikat Mashhor Group of Companies, Malai Haji Abdul Hamid bin Haji Malai Mashhor dan Pegawai Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Awang Aji bin Haji Hitam serta pengurus-pengurus bahagian Syarikat Mashhor.

Pelajar-pelajar Skim Rangka Kerja Kompetensi Industri Tenaga (EICF) bergambar ramai bersama Malai Haji Abdul Hamid dan pegawai lain syarikat tersebut.
Pelajar-pelajar Skim Rangka Kerja Kompetensi Industri Tenaga (EICF) bergambar ramai bersama Malai Haji Abdul Hamid dan pegawai lain syarikat tersebut.

Dalam ucapannya, Malai Haji Abdul Hamid menyatakan, ia merupakan satu lagi pencapaian bagi pusat itu kerana diberi peluang terlibat dalam latihan yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan teknikal kepada tenaga kerja tempatan.

Ia merupakan pengambilan keempat di pusat latihan syarikat itu, dan setakat ini mereka telah melahirkan seramai 83 orang pelajar Marker Fitter dan 55 orang lainnya pelajar pengimpal dan kini telah bekerja di syarikat berkaitan industri minyak dan gas.

ARTIKEL YANG SAMA