37 keluarga asnaf fakir miskin terima sumbangan

37 keluarga asnaf fakir miskin terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Seramai 37 ketua keluarga dan 90 orang tanggungan yang terdiri daripada Asnaf Fakir Miskin di kawasan Jerudong menerima agihan wang zakat pada Majlis Penyampaian Agihan Wang Zakat untuk Hari Raya Aidilfitri 2016, hari ini.

Penyampaian agihan wang zakat pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Jerudong itu disempurnakan oleh Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga selaku ahli Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Di majlis itu, sebanyak $54,500 wang zakat daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin telah diagih-agihkan, dengan setiap ketua keluarga menerima sebanyak $500, manakala $400 bagi setiap seorang di bawah tanggungannya.

Dengan adanya agihan zakat ini, ia diharap dapat meringankan sedikit sebanyak keperluan harian penerima, di samping mendorong para Asnaf Fakir Miskin sekeluarga supaya akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Salah seorang penerima menerima agihan zakat mereka daripada Yang Amat Arif Pehin Haji Awang Salim pada majlis itu.
Salah seorang penerima menerima agihan zakat mereka daripada Yang Amat Arif Pehin Haji Awang Salim pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA