37 lagi dihantar ke China

37 lagi dihantar ke China

TAIPEI, 12 April (AFP) – Taiwan berkata hari ini 37 daripada warganya yang ditahan di Kenya dijangka dihantar pulang ke China, sehari selepas menuduh Beijing ‘menculik’ sekumpulan lapan warga Taiwan dari negara Afrika.

Lima belas orang daripada kumpulan itu telah pun dibebaskan terbabit dalam satu komplot telekom oleh mahkamah Kenya, kata kementerian luar negeri.

Seramai 22 yang lain, yang dipercayai sedang menunggu untuk menaiki kapal terbang China, belum menghadapi perbicaraan selepas penangkapan mereka pada Jumaat atas dakwaan yang sama, katanya. Taiwan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Kenya, yang mengiktiraf kerajaan di Beijing. Diplomat paling dekatnya adalah berpangkalan di ibu negara Afrika Selatan.

“Pada awal pagi ini, kami dimaklumkan bahawa China dan Kenya mungkin berusaha menghantar tersangka ke China,” kata Chen Chun-shen, ketua hal ehwal Asia Barat dan Afrika di kementerian luar Taiwan.

Johnny Chiang, ahli perundangan dari parti Kuomintang (KMT), menunjukkan klip video yang menunjukkan tahanan warga Taiwan di balai polis Kenya, semasa sidang media di Parlimen di Taipei pada 12 April. – AFP
Johnny Chiang, ahli perundangan dari parti Kuomintang (KMT), menunjukkan klip video yang menunjukkan tahanan warga Taiwan di balai polis Kenya, semasa sidang media di Parlimen di Taipei pada 12 April. – AFP

“Rakan sekerja kami pergi ke penjara untuk berjumpa dengan tahanan tetapi menghadapi pelbagai halangan,” beritahu Chen kepada wartawan di Taipei. Beliau menambah tiga orang daripada kedutaan Kenya di China juga hadir.

Daripada lapan warga Taiwan yang telah dihantar ke Beijing, salah seorang di antara mereka mempunyai pasport Amerika, kata kementerian luar Taiwan.

Pihak berkuasa China tidak mempunyai komen mengenai perkembangan baru dan Taipei juga berusaha mendapatkan jawapan. Diminta untuk memberi komen atas pertikaian kelmarin, Kementerian Luar Negeri China mengatakan ia perlu memeriksa terhadap butiran tersebut namun ‘dasar Satu China seharusnya didukung’.