37 maut, bot pendatang karam dekat Turki

37 maut, bot pendatang karam dekat Turki

AYVACIK, Turki, 31 Jan – Pengawal pantai Turki menemui mayat wanita dan kanak-kanak yang dihanyutkan ke pantai selepas sebuah lagi bot pendatang karam ketika cuba menyeberang ke Eropah menyebabkan sekurang-kurangnya 37 maut.

Suasana menyayat hati ketika kematian kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi yang dirakamkan jurufoto terdampar di pantai Turki pada September lalu, kejadian pada Sabtu pula menyaksikan mayat kanak-kanak kecil kelihatan di antara mayat yang dihanyutkan ke tepi pantai dekat Bandar Ayvacik di timur laut Wilayah Canakkale.

Salah satu gambar AFP menunjukkan kanak-kanak yang mati berseluar gelak dan berbaju biru, dengan mukanya ditutupi sebuah topi. Puting kanak-kanak turut berada di sisi mangsa.

Gambar lain menunjukkan seorang pegawai polis Turki memasukkan jasad seorang kanak-kanak ke dalam beg mayat. Seorang lagi kanak-kanak dijumpai mati di dalam air. Selain itu, jumlah kanak-kanak lain yang turut lemas tidak dapat dipastikan selepas bot yang membawa mereka dan keluarga mereka sebahagian dari Syria, lain-lainnya dari Afghanistan dan Myanmar karam dekat pantai Turki, berhampiran Pulau Lesbos, Greece.

Sementara itu, kejadian terbaharu itu berlaku pada ketika Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, beliau jangka sebahagian pendatang yang dibawa ke Jerman dari Syria dan Iraq dihantar pulang sebaik keamanan kembali di negara mereka. – AFP

Gambar yang diambil dari rakaman video itu menunjukkan anggota tentera meletakkan mayat mangsa ke dalam beg selepas bot pendatang itu tenggelam di luar pantai barat Turki, Ayvacik. – Reuters
Gambar yang diambil dari rakaman video itu menunjukkan anggota tentera meletakkan mayat mangsa ke dalam beg selepas bot pendatang itu tenggelam di luar pantai barat Turki, Ayvacik. – Reuters