37 maut Taliban serang lapangan terbang

37 maut Taliban serang lapangan terbang

KANDAHAR, Afghanistan, 9 Dis – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh selepas militan Taliban menyerbu kompleks lapangan terbang di selatan bandar Afghanistan Kandahar, sekali gus mencetuskan pertempuran sepanjang malam, menurut pegawai hari ini.

“Seramai 37 orang termasuk orang awam dan tentera, telah terbunuh,” beritahu Samim Khpalwak, jurucakap untuk gabenor wilayah Kandahar, kepada AFP.

Dawood Shah Wafadar, komander tentera di Kandahar, memberikan jumlah kematian seramai 30 orang.

Kerajaan mendakwa pada pagi ini bahawa sejumlah penyerang yang tidak diketahui telah terbunuh tetapi penduduk tempatan, yang diberitahu supaya tinggal di dalam rumah mereka, masih melaporkan kejadian tembakan dan letupan.

Serangan ke atas kompleks itu, yang juga menempatkan pangkalan NATO-Afghan, berlaku serentak dengan lawatan Presiden Afghan Ashraf Ghani ke Islamabad untuk menghadiri satu persidangan serantau.

Anggota keselamatan Afghan berkawal di pintu masuk Lapangan Terbang Kandahar yang menjadi sasaran serangan Taliban pada lewat semalam di Kandahar, Afghanistan. Gambar dirakam pada 9 Disember 2015. – Reuters
Anggota keselamatan Afghan berkawal di pintu masuk Lapangan Terbang Kandahar yang menjadi sasaran serangan Taliban pada lewat semalam di Kandahar, Afghanistan. Gambar dirakam pada 9 Disember 2015. – Reuters

Kerelaan Ghani untuk melawat musuh ketat lama Pakistan untuk persidangan Nadi Asia telah mengisyaratkan satu usaha baru untuk memulakan rundingan perdamaian dengan Taliban, meskipun satu pertambahan dalam ketegangan antara sempadan.

Serangan juga berlaku selepas spekulasi selama beberapa hari mengenai nasib pemimpin Taliban Mullah Akhtar Mansour ekoran laporan mengatakan beliau cedera parah dalam satu pertempuran dengan komandernya sendiri di Pakistan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA