37 pegawai tertinggi China disiasat rasuah

37 pegawai tertinggi China disiasat rasuah

BEIJING, 3 Jan (Agensi) – Seramai 37 pegawai tertinggi peringkat wilayah dan kementerian disiasat pada tahun yang meletakkan matlamat ‘sifar toleransi’ terhadap rasuah di China.

Menurut laman web Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) Parti Komunis China (CPC), pihak berkuasa meneliti tingkah laku pegawai baharu di peringkat wilayah dan kementerian pada setiap bulan sepanjang 2015 dengan tujuh kes siasatan dimulakan pada November.

CCDI berkata, 37 orang termasuk 10 dari kerajaan pusat dan sembilan syarikat milik kerajaan negeri membabitkan 31 wilayah, pihak berkuasa tempatan dan daerah.

Daripada yang disiasat, 13 daripadanya termasuk seorang menteri adalah pegawai paling kanan dalam jabatan masing-masing iaitu mewakili 35 peratus.

Pada 2014, jumlah yang disiasat ialah sebanyak 38. Sejak lewat 2012, CPC melaksanakan langkah memerangi rasuah habis-habisan.

ARTIKEL YANG SAMA