37 penyelam bantu lepaskan pukat tersangkut

37 penyelam bantu lepaskan pukat tersangkut

BINTULU, 6 Sept (Bernama) – Sekumpulan 37 penyelam yang diperakui menyambung tugasan mereka hari ini untuk melepaskan pukat yang tersangkut di kawasan Terumbu Karang Patricia, kira-kira 12 batu nautika dari pantai Bintulu.

Kumpulan penyelam itu juga yang terdiri daripada tiga wanita berjaya melepaskan sebahagian daripada pukat yang tersangkut itu semalam.

Semalam satu kempen membersihkan pantai secara besar-besaran melibatkan 200 orang berlangsung di Taman Negara Similajau di sini.

Aktiviti berkenaan adalah sebahagian daripada projek kedua pembersihan pantai dan terumbu karang BEACON (Biodiversiti, Alam Sekitar dan Pemuliharaan) oleh Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) , Jabatan Perhutanan Sarawak dan masyarakat tempatan.

Menurut, Pengurus Besar (Operasi) MLNG, Bita Ata berkata BEACON menyasarkan untuk menyemai minda positif dalam kalangan rakyat untuk memainkan peranan mereka melindungi dan memelihara persekitaran mereka bebas daripada pencemaran menerusi pembuangan sampah sewenang-wenangnya.

Seramai 37 penyelam yang diperakui mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan terumbu karang dan pantai LNG (Gas Asli Cecair) Kedua Malaysia Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Sarawak di Taman Negara Similajau, Bintulu. – Bernama
Seramai 37 penyelam yang diperakui mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan terumbu karang dan pantai LNG (Gas Asli Cecair) Kedua Malaysia Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Sarawak di Taman Negara Similajau, Bintulu. – Bernama

Beliau berkata sebahagian besar daripada usaha BEACON adalah melepaskan 1,500 unit tukun tiruan di pesisir pantai Bintulu sejak 2013.

Beliau berkata projek ini adalah untuk mewujudkan laluan selamat untuk penyu hijau (Chelonia mydas) mendarat di pantai untuk bertelur atau berehat semasa penghijrahan mereka dari Filipina, Indonesia dan negara-negara lain (menerusi pantai Sabah dan Sarawak).

Bita berkata tukun tiruan itu juga adalah sebagai tempat perlindungan selamat untuk ikan dan ikan lumba-lumba serta lain-lain ikan yang berlindung di sana.

MLNG telah memperuntukkan RM4.6 juta untuk projek BEACON selama lapan tahun sejak 2013, katanya.

Pada tahun hadapan, beliau berkata komponen kedua projek BEACON mengenai Pemuliharaan, Pendidikan, Promosi dan Kesedaran (CEPA) akan bermula.

“Kami mempunyai bangunan baharu di Taman Negara Similajau bagi tujuan ini dan ia dijangka siap pada tahun hadapan.

CEPA adalah bagi menyemai keperluan umum, terutamanya generasi baharu mengenai keperluan melindungi alam sekitar mereka dengan menghapuskan sumber pencemaran alam sekitar,” katanya.