37 terkorban dalam kemalangan lori petrol

37 terkorban dalam kemalangan lori petrol

LAGOS, 1 Jun (AFP) – Tiga puluh tujuh orang terbakar hingga mati di tenggara Nigeria selepas lori tangki petrol hilang kawalan, terbabas ke stesen bas yang sibuk dan meletup terbakar, menurut polis hari ini.

“Lori berkenaan hilang kawalan dan merempuh ke arah taman motor (stesen bas) berhampiran pusing keliling di Onitsha,” menurut jurucakap polis kawasan bandar komersial Anambra, Uchenna Ezeh mengenai kemalangan itu semalam.

“Ia terbakar dan 37 orang terkorban sementara tujuh yang lain cedera,” ujarnya kepada AFP.

Ia masih belum jelas apa punca pemandu lori itu hilang kawalan namun Ezeh mengatakan tidak ada tanda-tanda permainan kotor.

Secara kasarnya berpuluh buah bas dan motosikal juga musnah dijilat api, tambah jurucakap polis.

Kemalangan sebegitu adalah perkara biasa di Nigeria, di mana kebanyakan jalan-jalan utamanya berlubang-lubang dan lori-lori sudah uzur dan kurang diselenggarakan.