38 cemerlang tulisan tangan Mandarin

38 cemerlang tulisan tangan Mandarin

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Seramai 38 murid Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SRYSHHB) mempamerkan kemahiran mereka dalam tulisan Mandarin apabila memenangi hadiah emas, perak dan gangsa dalam Pertandingan Tulisan Tangan Kanak-kanak Anugerah Belia Antarabangsa.

Tujuh daripada murid itu meraih pingat emas, 12 lagi meraih pingat perak manakala 19 lagi pingat gangsa.

Untuk itu, sekolah tersebut mengadakan majlis penyampaian pingat baru-baru ini. Antara penerima pingat emas ialah cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah dan Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah.

Pertandingan itu bertujuan untuk menarik minat para pelajar Melayu mempelajari Bahasa Mandarin dan menggalakkan mereka mendalami bahasa Cina.

Hadiah disampaikan oleh pengetua sekolah, Awang Nur Haizamdin bin Haji Mosbi yang turut menerima plak anugerah kecemerlangan daripada ketua Jabatan Cina, Khor Shuh Ning.

Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah menerima pingat emas dan sijil kemenangan.
Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah menerima pingat emas dan sijil kemenangan.
Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah, memenangi pingat emas dalam pertandingan itu.
Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah, memenangi pingat emas dalam pertandingan itu.

pg09_151013_a

ARTIKEL YANG SAMA