38 murid SU HMJM khatam Al-Quran

38 murid SU HMJM khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Seramai 38 murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohamad Jaffar Maun (SU HMJM), Kiulap, kelmarin, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Serba Guna Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Kaunselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Haji Haji bin Othman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, dan diikuti dengan bacaan surah Ad-Dhuha yang dibacakan oleh para peserta khatam.

Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban oleh murid-murid Darjah 4 dan 5, serta diikuti dengan penyampaian sijil khatam kepada peserta khatam oleh tetamu kehormat.

Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta khatam.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta khatam.
Antara peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohamad Jaffar Maun, Kiulap.
Antara peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohamad Jaffar Maun, Kiulap.

Majlis Khatam Al-Quran yang diungkayahkan bagi murid-murid Darjah 6 itu merupakan aktiviti tahunan sekolah sebelum murid-murid menamatkan persekolahan agama mereka.

Ia antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid supaya dekat dengan Al-Quran dan menjadikan pem-bacaan Al-Quran sebagai amalan harian mereka.

ARTIKEL YANG SAMA