38 pasukan berentap dalam acara badminton

38 pasukan berentap dalam acara badminton

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Sebanyak 38 pasukan akan berentap di dalam Kejohanan Badminton Goldmyne Sukan Ria Antara Syarikat 2016 yang membuka tirainya di Pusat Belia, hari ini.

Hadir merasmikan pesta sukan itu ialah Setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam. Turut hadiri Pemangku Suruhanjaya Buruh, Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Antin Ahad, Pengurus Besar D’sunlit Sdn Bhd, Christopher Chee dan Pengarah Pengurusan Goldmyne Hardware Sdn Bhd, Lau Kung Ching.

Empat kategori yang dipertandingkan ialah Kategori A bagi Regu Lelaki, Kategori B bagi Regu Wanita, Kategori C Regu Campuran dan Kategori D bagi Regu berkumpulan dan menawarkan hadiah berupa wang tunai, pingat dan trofi serta sijil penyertaan.

Antara aksi menarik dalam kejohanan Badminton Antara Syarikat. – Gambar oleh Muiz Matdani
Antara aksi menarik dalam kejohanan Badminton Antara Syarikat. – Gambar oleh Muiz Matdani

Dalam perlawanan hari ini Pasukan QAF Brunei menentang Indera Motors dan Baiduri Bank menentang Pasukan DST Comm ‘B’ di dalam Kumpulan A.

Sementara dalam Kumpulan B pula menyaksikan pertembungan Pasukan BIBD menentang Pasukan KPMG dan TelBru Berhad berhadapan DST Comm ‘A’.