38 pemenang bertuah DST Ekstravaganza

38 pemenang bertuah DST Ekstravaganza

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Seramai 38 pemenang bertuah DST Ekstravaganza sempena ulang tahun ke-20 DST, telah menerima hadiah masing-masing di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pesta Pengguna ASEAN, di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, baru-baru ini.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain yang turut disertai timbalannya, Haji Marsad bin Haji Ismail serta warga pengurusan kanan DST yang lain.

Awang Osman Moktal tampil sebagai pemenang pertama bagi kategori Prima sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai $3,000, manakala itu N. Devagi memenangi wang tunai $2,500 dan Han Mui Juan menerima $2,000 masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bahagian Easi pula menyaksikan hadiah wang tunai $2,500 dimenangi olah Awang Mohammad Rudy Tarip diikuti oleh Asmi Haji Adnan di tempat kedua dan Arani Haji Abdul Latif di tempat ketiga, masing-masing menerima $2,000 dan $1,600.

Awang Suhaimi bergambar ramai bersama para pemenang DST Ekstravaganza.
Awang Suhaimi bergambar ramai bersama para pemenang DST Ekstravaganza.

ARTIKEL YANG SAMA