38 warga Vietnam dibicarakan

38 warga Vietnam dibicarakan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160902_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Seramai 38 warga Vietnam telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menangkap ikan secara haram di perairan Brunei.

Dang Thanh Phong, 42, selaku ketua kru dituduh menggunakan kapal penangkapan ikan dengan bilangan pendaftaran SF2.9036 untuk menangkap ikan secara haram di perairan Brunei.

Manakala itu, kru-kru kapal iaitu Son Xich, 34, Danh Chi Cuong, 23, Khoe, 45, Trueng Van Ninh, 46, Tran Van Yen, 24, Nguyen Danh Han, 34, Truong Thanh Uhan, 25, Pham Van Co, 49, Tan Thanh Son, 42, Nguyen Duy Khanh, 33, Danh Tien, 36, Troung Van Huw, 36, Le Van Dieu, 31, Bui Thanh Hai, 43, Le Van Chi Linh, 21, Nguyen Ngoc Kia, 18, Huynh Thanh Kia, 38, Dang Thanh Vu, 33, Danh Nhuan, 26, Danh Thuan, 26, Danh Hay, 27, Mai Hung Cuong, 40, Nguyen Thanh Binh, 27, Duong Chi Tam, 42, Pham Ngoc Hoang, 37, Huynh Vuong Dai, 35, Lam Tuan Vu, 23, Tran Van Quang, 36, Nguyen Khac Vu, 40, Tran Nguyen Hoang Phuc, 33, Dinh Troung Xuan, 42, dan Le Minh Ba, 34, didakwa menggunakan kapal itu untuk kesalahan yang sama.

Sementara itu, Truong Van Dien, 29, selaku ketua kru bersama empat krunya iaitu Le Van Ha Le, 30, Nguyen Van Phuoc, 49, Vu Minh Hai, 29, dan Danh Kiet, 22, juga didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Brunei dengan menggunakan kapal penangkapan ikan bilangan pendaftaran SF2.9035.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kapal berasingan pada 31 Ogos 2016.

Mereka didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song mengikut Seksyen 17(1) Perintah Perikanan 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 17(2) yang sama iaitu bagi pemilik kapal dan ketua kru, denda tidak melebihi $100,000, penjara untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Hukuman untuk setiap kru, denda tidak melebihi $2,500, penjara yang tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya memohon warga Vietnam berkenaan ditahan reman di Penjara Jerudong dan Balai Polis Muara untuk siasatan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 15 September untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA