39 asnaf terima daging korban

39 asnaf terima daging korban

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (MPAM), Kampung Mulaut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mulaut telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan pengagihan daging korban di perkarangan masjid berkenaan, hari ini.

Seramai 42 orang telah menyertai majlis itu dengan penyembelihan haiwan korban sebanyak lima ekor kerbau dan seekor sapi bagi tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi mengagihkan daging korban kepada 39 orang fakir miskin kampung tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Haji Harun ketika mengagih-agihkan daging korban.
Haji Harun ketika mengagih-agihkan daging korban.
Antara yang menyertai ibadah korban di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, kelmarin.
Antara yang menyertai ibadah korban di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Mulaut, Haji Jait bin Haji Hitam selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir MPAM dan Pengerusi MPK Mulaut.

Menurut Pengerusi Majlis Bersama, Haji Abu Bakar bin Mat Don, majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan Takmir Masjid sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha. Perlaksanaan ini merupakan satu amalan sunat yang sangat dituntut dalam agama Islam dan merupakan salah satu cara bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmatNya.

ARTIKEL YANG SAMA