39 bom gegarkan selatan Thailand, 22 cedera

39 bom gegarkan selatan Thailand, 22 cedera

BANGKOK, 18 Mei – Sehingga 39 letupan mencederakan 22 orang dalam masa tiga hari di wilayah bergolak Thailand, Yala, kata seorang pegawai tentera hari ini.

Terdapat 36 hingga 39 bom daripada Khamis sehingga Sabtu,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Kawalan Operasi Keselamatan Dalaman.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan kecil, namun dua masih di hospital, katanya. Tiada kematian dilaporkan.

Bom pertama meledak pada malam Khamis di ibu kota wilayah, Yala. Banyak ditanam berhampiran tiang elektrik, tampaknya untuk mengakibatkan bekalan elektrik terputus, namun gagal, menurut penyiasat.

Langkah-langkah keselamatan ditingkatkan hari ini, hari pertama penggal persekolahan tahun ini di negara itu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA