39 terbunuh banjir lumpur di Mexico

39 terbunuh banjir lumpur di Mexico

MEXICO CITY, 8 Ogos – Masyarakat pergunungan di dua negeri Mexico pulih daripada banjir lumpur hujung minggu yang membunuh 39 orang ketika dilanda hujan lebat yang dibawa oleh sisa-sisa daripada Ribut Earl.

Berikutan dengan bencana yang menimpa Mexico, pihak berkuasa telah menubuhkan ‘Storm Tropical Javier’ yang menangani permasalahan di Pasifik sehingga ke selatan resort , Baja California Peninsula.

Peramal berkata ia akan menutup kawasan tersebut awal hari ini disebabkan taufan yang bakal berlaku.

Sekurang-kurangnya 28 orang maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh di utara pergunungan negeri Puebla, Penyelaras Perlindungan Awam Negara, Luis Felipe Puente berkata semalam dalam temu bual dengan ForoTV.

Beliau berkata 25 terbunuh dalam bahagian yang berlainan di perbandaran Huauchinango dan tiga meninggal dunia di Tlaola.

Pandangan Tlaola, Puebla di timur Mexico yang telah dilanda bencana ribut semalam. Sekurang-kurangnya 28 maut dalam masyarakat di Tlaola dan Huauchinango di negeri Mexico Puebla selepas rumah mereka tertimbus tanah runtuh berikutan hujan lebat. – AFP
Pandangan Tlaola, Puebla di timur Mexico yang telah dilanda bencana ribut semalam. Sekurang-kurangnya 28 maut dalam masyarakat di Tlaola dan Huauchinango di negeri Mexico Puebla selepas rumah mereka tertimbus tanah runtuh berikutan hujan lebat. – AFP

“Ia adalah satu tragedi yang telah berlaku kepada orang-orang kami di Huauchinango,” Datuk Bandar perbandaran Huauchinango, Gabriel Alvarado, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum jumlah kematian penuh telah ditentukan.

Beliau berkata, hujan lebat menyebabkan kerosakan yang melibatkan sekurang-kurangnya 200 orang.

Di negeri jiran Veracruz, 11 orang terbunuh apabila banjir lumpur melanda bandar-bandar Coscomatepec, Tequila dan Huayacocotla, kata Gabenor Javier Duarte.

Hujan lebat yang berterusan membawa pegawai-pegawai untuk menutup sebahagian daripada pembinaan lebuh raya utama yang menghubungkan Mexico City ke rantau ini.

Pihak berkuasa pengangkutan Persekutuan berkata, kawasan itu telah dilanda hujan tanpa henti selama sebulan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA