3K FC juara Futsal Hari Raya

3K FC juara Futsal Hari Raya

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Kejohanan Futsal Hari Raya Aidilfitri 1436H berkesudahan dengan Pasukan 3K FC menjulang kejuaraan selepas menundukkan lawannya IKLAM FT dengan jaringan tipis 1-0.

Selaku juara, 3K FC telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $300 beserta piala juara, manakala IKLAM FT berpuas hati menerima hadiah wang tunai sejumlah $200 berserta piala naib juara.

Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir iaitu FC Nando’s dan Magnum Gold, masing-masing kepada salah sebuah pasukan finalis kejohanan telah menerima sebiji bola futsal untuk setiap pasukan.

3K FC melangkah ke gelanggang akhir setelah menang tipis 1-0 ke atas Magnum Gold, manakala IKLAM FT memerlukan sepakan penalti penentuan sebelum berjaya memberhentikan perjalanan FC Nando’s di setakat separuh akhir.

3K FC muncul juara Kejohanan Futsal Hari Raya Aidilfitri 1436H.
3K FC muncul juara Kejohanan Futsal Hari Raya Aidilfitri 1436H.

Pada peringkat suku akhir kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu FC Nando’s memulakan persaingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Semanggut FC, manakala IKLAM FT menang sepakan penalti ke atas Pan FT.

Suku akhir ketiga menyaksikan 3K FC meraih kemenangan 1-0 ke atas Fussball FT, sementara Magnum Gold menjinakkan JF FC dengan jaringan 4-1 pada suku akhir keempat.

Sejumlah 20 pasukan dibahagi kepada lima kumpulan telah menyertai kejohanan sehari suntuk berkenaan. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak meneruskan persaingan ke pusingan kalah mati.

ARTIKEL YANG SAMA