3K FC juara Futsal Tahun Baru

3K FC juara Futsal Tahun Baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – 3K FC menghentikan keputusan cemerlang kemenangan sedari awal peringkat Kumpulan Red Butterfly di perlawanan akhir Kejohanan Futsal Tahun Baru 2016 Mardi Mirza apabila mengalahkan pasukan itu 2-0.

Sebelum mengalami kekalahan pertamanya dalam kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan, Red Butterfly mencatat kemenangan demi kemenangan sehingga mengungguli Kumpulan B, menewaskan Al-Jihad 2-1 di suku akhir dan kemudiannya menang 1-0 ke atas 139 FT di separuh akhir.

3K FC turut cemerlang dalam Kumpulan D, diikuti dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Super Nova di suku akhir tetapi terpaksa melalui sepakan penalti penentuan di separuh akhir apabila seri 0-0 dengan Letap Letup pada masa sebenar perlawanan, yang dimenanginya 3-2.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di antara dua pasukan yang tewas di separuh akhir, Letap Letup ternyata di tahap berbeza apabila mudah menewaskan 139 FT dengan jaringan 4-1.

Letap Letup berjaya mara sehingga ke separuh akhir selepas menundukkan JS dengan jaringan tipis 1-0 di suku akhir, manakala 139 FT pula turut menang dengan keputusan yang sama ke atas Waza U18 di suku akhir untuk mara ke separuh akhir.

Juara Kejohanan Futsal Tahun Baru 2016 Mardi Mirza, 3K FC.
Juara Kejohanan Futsal Tahun Baru 2016 Mardi Mirza, 3K FC.

3K FC selaku juara telah membawa pulang piala iringan juara dan wang tunai $400, manakala Red Butterfly menerima piala iringan naib juara dan wang tunai $300. Letap Letup pula membawa pulang piala iringan ketiga dan wang tunai $200, sementara 139 FT terpaksa berpuas hati dengan piala iringan keempat dan wang tunai $100. – Hasrulraizan

ARTIKEL YANG SAMA