3K juara Njoy Futsal

3K juara Njoy Futsal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – 3K merangkul kejuaraan Njoy Futsal 5’s MPH 2015 setelah menang 2-0 ke atas PTD dalam perlawanan akhir sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai $300 dan sebiji bola.

PTD pula perlu berpuas hati membawa pulang hadiah wang tunai $150 dan sebiji bola daripada kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu.

Sebanyak 20 buah pasukan telah menyertai kejohanan berkenaan dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.

3K berjaya mara ke final selepas menewaskan Newbie FT pada peringkat suku akhir dan kemudiannya LJ pada perlawanan separuh akhir. PTD pula menang ke atas Pacah FC pada peringkat suku akhir sebelum menang ke atas X-MD di separuh akhir.

3K muncul juara selepas menang 2-0 ke atas PTD dalam perlawanan akhir Njoy Futsal 5’s MPH 2015.
3K muncul juara selepas menang 2-0 ke atas PTD dalam perlawanan akhir Njoy Futsal 5’s MPH 2015.