3M Fitness Gym@Jerudong mula dibuka

3M Fitness Gym@Jerudong mula dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Bagi menggalakkan para belia untuk menceburi diri dalam bidang sukan khususnya dalam aktiviti bina badan, mereka bolehlah berkunjung ke 3M Fitness Gym@Jerudong yang mula dibuka hari ini.

Hadir selaku Tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pembukaan gim tersebut ialah Awang Ali bin Haji Badar.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Gymnasium, Awang Moryadi bin Haji Raya, diikuti dengan perlawanan bench press dan squat.

Tetamu kehormat ketika merasmikan pembukaan gim tersebut.
Tetamu kehormat ketika merasmikan pembukaan gim tersebut.
Antara kemudahan yang terdapat di gim tersebut.
Antara kemudahan yang terdapat di gim tersebut.

Gim tersebut mula ditubuhkan pada 21 januari lalu dengan keahliannya pada masa itu adalah seramai 15 orang dan kini memiliki 21 orang.

Gim tersebut menawarkan pelbagai kemudahan latihan kesihatan kepada para pengunjung dan setiap kemasukan dikenakan bayaran sebanyak dua ringgit sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA