4 aktivis pro-jihad ditahan polis Sepanyol

4 aktivis pro-jihad ditahan polis Sepanyol

MADRID, 3 Mei (AP) – Kementerian Dalam Negeri menyatakan pihak polis telah menahan empat orang di kawasan Madrid yang disyaki menyebarkan propaganda pro-jihad dan merekrut pengikut-pengikutnya.

Dalam satu keterangan kementerian menyatakan Pengawal Sivil polis hari ini menahan dua warga Maghribi di bandaar Pinto dan seorang warga Maghribi dan seorang warga Sepanyol di bandar Ciempozuelos, selatan ibu negeri Sepanyol.

Menurut keterangan itu lagi keempat-empatnya menubuhkan kumpulan terancang yang bekerja gigih dalam menyebarkan bahan ekstremis di Internet. Ia berkata kumpulan itu telah membuat hubungan dengan ratusan orang dan kemudian memilih beberapa untuk diradikalkan dan didoktrinkan.

Polis Sepanyol telah menahan puluhan orang yang disyaki aktivis pro-jihad dan perekrut dalam tahun-tahun kebelakangan.