4 anggota polis didakwa cederakan tahanan

4 anggota polis didakwa cederakan tahanan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160623_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret untuk meneruskan perbicaraan empat orang anggota polis kerana mencederakan seorang tahanan mereka yang terlibat dalam kes curi.

Konstabel Muhd Mu’izwan bin Kamran, Kpl Liew Chee Chian, Kpl Herdey anak Bujang dan L/Kpl Muhammad Hafizan bin Abdul Khan didakwa bersama-sama mencederakan Inayatullah bin Matasin di kawasan Jabatan Penyelidikan Brunei di Jalan Perdana Menteri pada 14 Mac 2016.

Terdahulu, Inayatullah sanggup menggugurkan dakwaan terhadap empat orang anggota polis itu, di mana setiap mereka perlu meminta maaf kepadanya dan membayar ganti rugi sebanyak $1,000.

Cadangan itu dipersetujui oleh keempat-empat anggota polis tersebut namun pihak pendakwaan yang terdiri daripada Shamshuddin bin Haji Kamaluddin dan Ali Amani Nokman membantah cadangan itu yang turut dipersetujui oleh majistret yang enggan menggugurkan dakwaan atas kepentingan awam.

Pihak pendakwaan percaya Inayatullah telah digari oleh pengawal keselamatan di kawasan itu di mana dia tidak melawan ketika ditangkap dan dipukul oleh anggota polis berkenaan.

Hakim Dato Paduka Steven Chong berkata, prosiding jenayah yang dijalankan ke atas anggota polis berkenaan perlu berakhir sama ada melalui sabitan atau pengguguran kes.

ARTIKEL YANG SAMA