4 angkasawan dipilih oleh AS

4 angkasawan dipilih oleh AS

MIAMI, 10 Julai (AFP) – Tiga orang lelaki dan seorang wanita semalam telah dipilih oleh NASA sebagai tiga angkasawan dan seorang angkasa wati pertama yang akan mengikuti kapal angkasa lepas yang dibina oleh syarikat swasta Boeing dan SpaceX dalam beberapa tahun mendatang.

Penerbangan angkasa lepas komersial yang membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dijangka bermula dalam tahun 2017 dan akan mengembalikan kemasukan AS ke angkasa lepas selepas terhenti enam tahun ekoran pemberhentian program kapal angkasa ulang-alik dalam tahun 2011.

“Angkasawan dan angkasa wati veteran cemerlang ini memulakan percubaan baru percubaan yang akan pada satu hari nanti mencatatkan nama mereka dalam buku sejarah dan menjadi rakyat Amerika di permukaan Marikh,” kata pentadbir NASA, Charles Bolden.

Angkasawan paling berpengalaman dalam kumpulan empat itu ialah Sunita Williams, 49 tahun.

Willliams adalah seorang kapten tentera laut dan juruterbang helikopter yang pernah menghabiskan masa hampir setahun (322 hari) di angkasa lepas.

Dia memegang rekod bagi jumlah berjalan di angkasa lepas oleh angkasa wati pada 50 jam dan 40 minit, menurut NASA.

Doug Hurley, 48, seorang kolonel Marin bersara, telah mengendalikan dua misi kapal angkasa ulang-alik, yang termasuklah misi terakhir, STS-135 pada Julai 2011.

Yang lain Eric Boe, 50 tahun dan Robert Behnken, 44 tahun, kedua-duanya adalah kolonel Pasukan Tentera Udara yang telah mengikuti misi dua kapal angkasa ulang-alik.

“Kami gembira mempunyai kumpulan angkasawan berpengalaman ini yang bekerja dengan Program Krew Komersial, Boeing dan SpaceX dan akhirnya mengikuti misi ujian penerbangan syarikat ini,” kata Pengurus Program Krew Komersial NASA, Kathy Lueders.

ARTIKEL YANG SAMA