4 askar Thai terbunuh dalam serang hendap

4 askar Thai terbunuh dalam serang hendap

BANGKOK, 4 Jun (AFP) – Empat askar Thailand kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak, ditembak mati dalam satu serang hendap di wilayah selatan jauh negara itu, kata polis hari ini.

Serangan berlaku pada petang Rabu di daerah Raman di wilayah Yala, Thailand, kata polis. “Mereka (askar) sedang dalam perjalanan pulang ke berek selepas perlawanan bola sepak persahabatan dengan penduduk tempatan di pejabat daerah,” kata Leftenan Kolonel Chanwut Raksapram, timbalan komando polis daerah Raman memberitahu AFP melalui telefon.

Askar-askar itu berpakaian biasa dan diserang oleh lima sehingga enam lelaki bersenjata, tambah Chanwut. “Kesemua mereka terbunuh di tapak serangan dan lelaki bersenjata mengambil semua senjata mereka,” katanya.

Imej-imej disiarkan oleh media tempatan menunjukkan mayat askar berlumuran darah terbaring di jalan berdekatan dengan sebuah kereta yang dipenuhi lubang peluru yang digunakan oleh mangsa dalam perjalanan mereka kembali dari pejabat kerajaan. Dianggarkan 60,000 tentera dan polis ditempatkan di tiga wilayah selatan Yala, Pattani dan Narathiwat berhadapan serangan bom jalanan dan serangan hendap hampir setiap hari daripada kumpulan pemberontak bayangan.

Tentera Thailand memeriksa tapak serang hendap ke atas kereta membawa askar di wilayah bergolak selatan Thailand, Yala. Empat askar Thai kembali daripada perlawanan bola sepak ditembak mati dalam serangan hendap itu, kata polis. – AFP
Tentera Thailand memeriksa tapak serang hendap ke atas kereta membawa askar di wilayah bergolak selatan Thailand, Yala. Empat askar Thai kembali daripada perlawanan bola sepak ditembak mati dalam serangan hendap itu, kata polis. – AFP

Lebih daripada 6,300 orang, majoritinya orang awam, mati dalam masa sedekad konflik yang mana melagakan tentera dan polis dengan pemberontak yang mencari autonomi lebih meluas bagi wilayah majoriti Islam bersempadan Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA