4 awak-awak hilang, tongkang karam di Sarikei

4 awak-awak hilang, tongkang karam di Sarikei

KUCHING, 27 Nov – Sebuah tongkang yang membawa batu kelikir tenggelam bersama enam awak-awaknya berhampiran Kampung Petanak, Pulau Bruit, Tanjung Manis, Sarikei pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua daripada mereka bagaimanapun dilaporkan selamat setelah sempat berpaut pada tongkang tersebut.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8:33 pagi dan pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah segera berkejar ke lokasi kejadian.

Turut serta dalam operasi ialah pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan dua buah bot. – Bernama