4 buah keluarga terima sumbangan Yayasan

4 buah keluarga terima sumbangan Yayasan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan keluarga Baginda terus menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan hari ini sejumlah $13,000 lagi dihulurkan kepada empat buah keluarga yang terbabit dalam kebakaran baru-baru ini.

Mangsa kebakaran yang menerima sumbangan termasuklah Awang Mahmud Asanan bin Haji Sulung dan Dayang Hajah Asiah binti Mokti dari Kampung Serusop manakala dari Kampung Masin ialah Haji Chuchu bin Bagol dan Dayang Rosnah binti Haji Chuchu.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Yayasan ditubuhkan untuk memedulikan dan memberikan bantuan kebajikan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mangsa musibah rumah roboh dan kebakaran yang dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pengarah Urusan Yayasan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terbabit dalam kebakaran baru-baru ini.
Pengarah Urusan Yayasan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terbabit dalam kebakaran baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA