4 buah kereta bertembung

4 buah kereta bertembung

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 28 April – Seorang pemandu mengalami luka di bahagian dahi sebelah kiri dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kereta di kawasan KM 48.6 Lebuh raya Tutong-Seria menghala ke Seria.

Balai Polis Tutong menerima laporan tersebut pada jam 7:12 pagi, walau bagaimanapun punca kemalangan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu dalam jarak yang terlalu dekat terutama sekali ketika perjalanan pada sebelah pagi untuk pergi bekerja mahupun menghantar anak sekolah.

Keadaan empat buah kereta yang bertembung dalam kemalangan di Lebuh raya Tutong-Seria kelmarin.
Keadaan empat buah kereta yang bertembung dalam kemalangan di Lebuh raya Tutong-Seria kelmarin.