4 buah sekolah adakan majlis khatam Al-Quran

4 buah sekolah adakan majlis khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Bagi memastikan murid-murid Darjah 6 khatam Al-Quran 30 Juzuk sebelum mereka meninggalkan persekolahan agama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengusahakan projek khatam Al-Quran melalui sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

Di Daerah Tutong, majlis seumpamanya telah diadakan di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Lamunin, Tutong bagi seramai 25 orang murid Darjah 6 dari tiga buah sekolah iaitu, 13 orang dari Sekolah Ugama Lamunin Tutong, enam dari Sekolah Ugama Lamunin (B.S.R) dan enam lagi dari Sekolah Ugama Kampung Menengah.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Lamunin, Haji Tujoh bin Talip.

Manakala di Daerah Belait pula, baru-baru ini juga, seramai 34 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Panaga turut diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Panaga, Seria.

Gambar ramai peserta-peserta khatam bersama AJK majlis dan guru-guru Sekolah Ugama Panaga yang terlibat berserta tetamu kehormat, Pegawai Pemerintah Polis Daerah Belait.
Gambar ramai peserta-peserta khatam bersama AJK majlis dan guru-guru Sekolah Ugama Panaga yang terlibat berserta tetamu kehormat, Pegawai Pemerintah Polis Daerah Belait.
Majlis khatam Al-Quran gabungan tiga buah sekolah ugama di Mukim Lamunin.
Majlis khatam Al-Quran gabungan tiga buah sekolah ugama di Mukim Lamunin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Polis Daerah Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin.

Majlis seumpamanya antara lain bertujuan bagi menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar, di samping mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru-guru dan para murid dalam sama-sama mengendalikan majlis keagamaan di sekolah-sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA