4 buah sekolah dibom di selatan Filipina

4 buah sekolah dibom di selatan Filipina

MANILA, 28 April – Empat buah sekolah telah diserang dengan tembakan dan dibom oleh suspek yang tidak dikenali di bandar Sultan Mastura di wilayah Maguindanao selatan Filipina pagi hari ini, menurut pegawai tentera.

Tidak ada yang dilaporkan terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Jo-ann Petinglay, pegawai hal ehwal awam bagi Divisyen Infantri Tentera ke-6, mengatakan serangan serentak itu bermula sekitar 7:50 pagi dengan serangan tembakan di Sekolah Rendah Tapayan di barangay Tapayan.

Petinglay mengatakan peluru itu mengenai dinding konkrit bangunan komputer sekolah itu.

Sejurus selepas itu, Sekolah Rendah Tuka di barnagay Tuka, Sekolah Rendah Dagurungan di barangay Dagurungan, dan Sekolah Rendah Darping di barangay Macabiso telah dibom.

Petinglay mengatakan letupan di Sekolah Rendah Tuka itu turut memusnahkan dua bilik darjah, bumbung, siling dan cermin tingkap.

Letupan itu juga mengakibatkan kawah berukuran 0.47 meter diameter dan dalamnya 0.20 meter. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA