4 cedera dalam letupan di Istanbul

4 cedera dalam letupan di Istanbul

ISTANBUL, 16 Mei (AP) – Agensi berita kerajaan Turki berkata empat orang telah cedera semalaman apabila satu peranti buatan sendiri meletup di Istanbul.

Memetik sumber keselamatan, Agensi Anadolu berkata hari ini, letupan itu berlaku di bawah jambatan di daerah Maltepe di bahagian Asian bandar itu.

Agensi itu berkata dua penumpang dalam sebuah kereta dan dua pejalan kaki yang menunggu taxi tercedera oleh serpihan besi yang terbang dan kini menerima rawatan di hospital. Kereta-kereta yang melintas juga mengalami kerosakan.

Turki berdepan siri ancaman keselamatan termasuk kesan daripada peperangan di negara jiran Syria dan konflik yang diperbaharui dengan militan Kurdish di kawasan tenggara.

Militan Kurdish dan IS telah dikaitkan dengan beberapa pengeboman utama di Istanbul, ibu negeri Turki, Ankara dan bandar-bandar lain.