4 cedera dalam satu serangan berpisau

4 cedera dalam satu serangan berpisau

BEIJING, 18 Jun (Reuters) – Seorang lelaki bersenjatakan pisau telah mencederakan empat orang, termasuk seorang parah di selatan rantau Guangxi, China hari ini, polis berkata ia merupakan siri serangan terbaru yang telah meningkatkan kebimbangan orang awam.

Polis di bandar Beihai menahan suspek berumur 30 tahun dalam serangan pagi di sebuah pasar, menurut satu keterangan dalam blog polis bandar itu.

Pihak berkuasa masih menyiasat serangan itu, tambah keterangan itu, tampa memberikan maklumat lebih lanjut.

Kepekaan awam terhadap serangan berpisau di China telah meningkat menerusi beberapa siri insiden, termasuk tikaman besar-besaran di stesen kereta api pada Mac 2014 di barat daya bandar Kunming yang telah mengorbankan 31 nyawa. Pihak berkuasa berkata bahawa serangan itu dilakukan oleh militan pemisah dari rantau barat Xinjiang.

Jenayah kejam jarang sekali terjadi di China berbanding di beberapa negeri, tetapi telah berlaku siri serangan berpisau pada tahun kebelakangan, kebanyakannya terhadap kanak-kanak sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA