4 cedera, letupan di lapangan terbang China

4 cedera, letupan di lapangan terbang China

SHANGHAI, 12 Jun (AFP) – Letupan yang berpunca daripada bahan letupan ‘buatan sendiri’ telah mencederakan empat orang dan mencetuskan amaran keselamatan besar-besaran di lapangan terbang antarabangsa di hab komersial Shanghai, China hari ini, menurut operator dan media kerajaan.

Letupan itu berlaku di Lapangan Terbang Pudong berhampiran kaunter daftar masuk di Terminal Dua pada petang, menurut kenyataan daripada mikroblog rasmi Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Shanghai.

Agensi berita rasmi Xinhua, memetik pihak berkuasa, sebagai berkata ‘bahan letupan buatan sendiri’ meletup dan mencederakan empat orang termasuk seorang yang mengalami kecederaan disengajakan – mengatakan dia meletupkan alat itu.

Mangsa cedera yang lain termasuk seorang lelaki dari Filipina, serta lelaki berusia 67 tahun dan wanita berusia 64 tahun – kedua-duanya digambar sebagai warga China, lapor Xinhua.

Agensi pada awalnya melaporkan letupan itu berpunca daripada bunga api.

Seorang pakar pemusnah bom bersedia untuk menghapuskan bom yang disyaki di kawasan berkenaan selepas letupan di lapangan terbang Pudong Shanghai semalam. Satu letupan kecil di kawasan daftar masuk lapangan terbang yang telah mencedera beberapa orang semalam, menurut pihak berkuasa China. – AP
Seorang pakar pemusnah bom bersedia untuk menghapuskan bom yang disyaki di kawasan berkenaan selepas letupan di lapangan terbang Pudong Shanghai semalam. Satu letupan kecil di kawasan daftar masuk lapangan terbang yang telah mencedera beberapa orang semalam, menurut pihak berkuasa China. – AP

Xinmin Evening News mengatakan terdapat dua letupan dalam masa lima saat. Ia berasal dari dua serpihan bagasi yang ditempatkan kira-kira 15 meter jauhnya, menurut akhbar tempatan.

Klip video dalam talian menunjukkan asap tebal memenuhi ruang siling terminal, dan pasukan keselamatan separa tentera bekejar ke bangunan itu serta-merta selepas insiden tersebut.

Foto yang disiarkan dalam talian oleh mereka yang mendakwa saksi menunjukkan polis mengarahkan orang ramai menjauhi tempat bagasi yang ditinggalkan di lantai.

Insiden itu muncul ketika orang ramai pulang selepas cuti awam dan beberapa hari sebelum pembukaan taman tema Disney pada Khamis di Shanghai.

ARTIKEL YANG SAMA