4 cedera nahas jalan raya

4 cedera nahas jalan raya

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Empat orang mengalami kecederaan dalam satu nahas jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Baru Katok B.

Kesemua mangsa nahas berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk menerima rawatan.

Balai Polis Pusat menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Setakat ini, punca kemalangan masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA